Friday, November 25, 2011

COINCIDENCES OR WHAT? #7




Hello Audience. Welcome back. So for this week, The Seventh Coincidences or What?. :)


Joseph Aigner merupakan seorang pelukis potret pada abad ke-19 di Austria yang telah beberapa kali cuba untuk membunuh diri. Kali pertama, ketika berusia 18 tahun dia cuba untuk menggantung dirinya, tetapi telah diselamatkan oleh seorang sami Capuchin. *whatever that is* Ketika berusia 22 tahun dia cuba untuk menggantung dirinya lagi. Usahanya itu gagal apabila diselamatkan oleh sami yang sama. 


Lapan tahun kemudian, Joseph Aigner telah dihadapkan ke tali gantung kerana fahaman politiknya. Tetapi sekali lagi, dengan campur tangan si sami Capuchin hukumannya itu dibatalkan. Pada usianya 68 tahun, Aigner akhirnya berjaya membunuh dirinya dengan menggunakan pistol. Well guess what? Joseph Aigner punya pengebumian telah dipimpin oleh sami Capuchin yang telah menyelamatkannya selama ini. Si Aigner ni pun tak pernah tau nama sami tersebut.


Well itu saja untuk kali ni. Make sure to tune in next week for more. Thanks for reading audience. Until next time. :)

Friday, November 18, 2011

COINCIDENCES OR WHAT? #6

Hey there audience. Welcome back. So let's cut to the chase. Ini dia Coincidences Or What? yang ke-6. :)


So, pada September 1955, James Dean, iaitu seorang pelumba kereta terbunuh dalam kemalangan yang ngeri semasa dia memandu kereta Porsche dia. Selepas kemalangan itu, kereta itu dianggap sebagai pembawa sial. Banyak kejadian yang berlaku disebabkan kereta yang membawa malang itu.


1. Apabila kereta itu telah ditarik dari kawasan kemalangan dan dibawa ke bengkel, enjin kereta tersebut tergelincir dan jatuh ke atas mekanik, lalu mematahkan kedua-dua kakinya.
2. Eventually, enjin tersebut telah dibeli oleh seorang doktor. Doktor ni pun letak lah enjin 'baru' dia ni ke dalam kereta lumba. Tak lama kemudian, dia terbunuh semasa memandu keretanya. 
3. Apabila Porsche kepunyaan James Dean dibaiki, garaj yang membaikinya telah dimusnahkan oleh kebakaran.
4. Kemudiannya, kereta itu menjadi pameran di Sacramento *somewhere in US*. Guess what. Kereta itu terjatuh dari tempat pamerannya dan telah menyebabkan seorang remaja patah pinggul.
5. Akhirnya, pada tahun 1959, kereta itu secara misterinya terbahagi kepada 11 bahagian semasa ia diletakkan di atas macam para besi lah. Don't get it? Me neither.


Jadi pengajaran dia dekat sini, jangan beli kereta second hand. Haha. So itu saja untuk kali ni. Thanks for reading. See you later audience. :)

Friday, November 11, 2011

COINCIDENCES OR WHAT? #5





Hello audience. Welcome back. Jadi untuk minggu ni. Coincidences or what? number FIVE. Hehe okay. Let's get going.


Jadi cerita ni mengisahkan tentang Edgar Allan Poe iaitu penulis buku seram. Ada lah satu buku dia ni yang bertajuk The Narrative of Arthur Gordon Pym. Buku ni mengisahkan empat orang yang terselamat semasa belayar ketika kapal mereka karam di laut. Ketika bertarung untuk hidup tanpa makanan, mereka telah membunuh dan memakan seorang  petugas kabin yang bernama Richard Parker


Beberapa tahun kemudian iaitu pada tahun 1884 satu peristiwa benar telah berlaku. Sebuah kapal yang dalam pelayaran iaitu Mignonette tenggelam di lautan. Yang terselamat hanya empat orang setelah berhari hari lamanya berpaut dengan sebuah kapal kecil. Kemudian salah seorang yang terselamat itu telah membunuh dan memakan petugas kabin mereka. And guess what? Nama petugas kabin itu ialah Richard Parker. Edgar Allan Poe boleh ramal masa depan ke? Haha. 


Okay itu saja untuk kali ni. Macam biasa. 'Kebetulan atau apa?' yang baru minggu depan. See you later audience. :) Jangan makan orang pulak. Haha tak lawak. =_="

Friday, November 4, 2011

COINCIDENCES OR WHAT? #4

 -King Umberto

Hello there Audience. Good to see you again. :) Jadi sorry sebab lambat sikit harini. Tapi apa apa hal, this is Coincidences Or What number FOUR. Let's go.

So pada 28 Julai 1900, seorang raja Itali yang bernama Umberto I, dia singgah makan malam di sebuah restoran di kota Monza *somewhere in Italy. Sampai-sampai sana, dia terkejut kerana wajah pemilik restoran itu sama dengan wajah si Umberto ni. Malah, nama pemilik restoran itu juga Umberto. To make things more fucked up, nama isteri pemilik restoran itu juga sama dengan nama isteri Raja UmbertoSelain itu, restoran itu dibuka pada tarikh yang sama dengan pelantikan raja tersebut iaitu pada tahun 1878. 

Esoknya 29 Julai 1900, pemilik restoran itu telah mati akibat terkena tembakan. Well guess what? Raja Umberto I juga menemui ajalnya akibat ditembak seorang rakyatnya yang membantah tindakan Raja Umberto mengarahkan tentera menembak mati petani yang menganjurkan demonstrasi kerana kelaparan. Pelik ke tak pelik? Tak kan? Yeah I know. :P

So itu saja untuk minggu ini. Sekali lagi, minta maaf sebab lambat post. Bless your face. If you sneeze while reading this bless you.