Friday, November 11, 2011

COINCIDENCES OR WHAT? #5





Hello audience. Welcome back. Jadi untuk minggu ni. Coincidences or what? number FIVE. Hehe okay. Let's get going.


Jadi cerita ni mengisahkan tentang Edgar Allan Poe iaitu penulis buku seram. Ada lah satu buku dia ni yang bertajuk The Narrative of Arthur Gordon Pym. Buku ni mengisahkan empat orang yang terselamat semasa belayar ketika kapal mereka karam di laut. Ketika bertarung untuk hidup tanpa makanan, mereka telah membunuh dan memakan seorang  petugas kabin yang bernama Richard Parker


Beberapa tahun kemudian iaitu pada tahun 1884 satu peristiwa benar telah berlaku. Sebuah kapal yang dalam pelayaran iaitu Mignonette tenggelam di lautan. Yang terselamat hanya empat orang setelah berhari hari lamanya berpaut dengan sebuah kapal kecil. Kemudian salah seorang yang terselamat itu telah membunuh dan memakan petugas kabin mereka. And guess what? Nama petugas kabin itu ialah Richard Parker. Edgar Allan Poe boleh ramal masa depan ke? Haha. 


Okay itu saja untuk kali ni. Macam biasa. 'Kebetulan atau apa?' yang baru minggu depan. See you later audience. :) Jangan makan orang pulak. Haha tak lawak. =_="

No comments:

Post a Comment